fb fb fb fb fb

Komander Tertinggi Hezbollah maut dalam serangan Israel

Komander Tertinggi Hezbollah Fuad Shukr/ REUTERS

BEIRUT, 1 Ogos- Hezbollah meratapi komander tertingginya Fuad Shukr yang terkorban dalam serangan yang dicetuskan Israel di selatan Beirut.

Mayatnya ditemukan di bawah runtuhan banguna dan jenazah Shukr akan dikebumikan pada Khamis.

Shukr "simbol utama penentangan" terhadap Israel" dan allahyarham mati syahid dalam perjalanan ke Baitulmaqdis."

Serbuan ke atas pinggir bandar Beirut pada Selasa itu turut membunuh lima orang awam iaitu tiga wanita dan dua kanak-kanak serta mencederakan berpuluh-puluh orang, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.

Menurut laporan agensi berita IRNA Iran, Penasihat Tentera Iran, Milad Bidi juga meninggal dunia.

Ia diikuti dengan satu lagi serangan di Tehran pada Rabu yang membunuh pemimpin politik sekutu Hezbullah iaitu Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh, seterusnya mencetuskan kebimbangan yang boleh mencetuskan perang di Gaza.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengecam kedua-dua serangan itu dan menyifatkan ia sebagai "peningkatan berbahaya."

Jurucakap Hal Ehwal Luar Iran Nasser Kanani menerusi satu hantaran di X berkata, Beirut melancarakn mogok dan menyifatkan kematian Ismail Haniyeh adalah "tindakan jenayah" yang patut mendapat kecaman antarabangsa.

Israel dilihat sedang "menambah kebencian dunia terhadap rejim zionis itu dan menggali kuburnya sendiri", tambahnya.

Sementara itu pemilik kedai roti Emad berkata, dia mengharapkan "tindak balas yang kuat" daripada Hezbollah berikutan insiden berkenaan.

"Israel akan bertindak balas terhadap perkara ini, dan kekejaman rejim zionis akan berterusan tanpa henti," katanya.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI