CHITTAGONG, 17 Oktober – Sebuah kilang pakaian di bandar pelabuhan Chittagong, Bangladesh, musnah dalam kebakaran besar petang Khamis.
Kebakaran bermula di tingkat atas kilang pengeluar topi dan tuala di Zon Pemprosesan Eksport Chittagong, sebelum merebak ke bahagian bangunan lain.
Sebanyak 17 jentera bomba dikerahkan ke lokasi bagi mengawal api yang marak, namun punca kejadian serta jumlah sebenar pekerja di dalam kilang masih belum dapat dipastikan.
Pasukan penyelamat masih menjalankan operasi di lokasi kejadian, sementara pihak berkuasa sedang menilai tahap kerosakan dan mengenal pasti sekiranya terdapat mangsa terperangkap.
Kebakaran ini merupakan insiden industri kedua di Bangladesh minggu ini, selepas letupan di sebuah gudang bahan kimia di Dhaka yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa. - REUTERS