fb fb fb fb fb

Kes virus Bluetongue melonjak dalam kalangan ternakan di Eropah

Kes virus Bluetongue yang meningkat di beberapa negara Eropah mencetuskan kebimbangan penternak biri-biri dan lembu / Foto AFP

PARIS, 14 Ogos - Kes virus Bluetongue yang meningkat di beberapa negara Eropah mencetuskan kebimbangan penternak biri-biri dan lembu.

Bluetongue ialah penyakit virus bawaan serangga yang tidak berjangkit dan memberi kesan kepada ruminan seperti biri-biri dan lembu tetapi tidak kepada babi atau kuda dan sukar untuk dikawal setelah ia dijangkiti.

Wabak pertama BTV-3 telah didaftarkan di Belanda pada September 2023, sebelum merebak ke Belgium, Jerman dan Britain.

Tetapi jumlah wabak penyakit itu, yang ditularkan oleh midges, telah merebak di kalangan ternakan Eropah dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Belanda merekodkan 2,909 kawasan yang dijangkiti pada Isnin, menurut Pihak Berkuasa Keselamatan Produk dan Makanan Belanda, 650 lebih daripada minggu sebelumnya, lapor media Belanda.

Sementara itu, Jerman mengesahkan terdapat 1,885 kluster pada 8 Ogos, menurut Institut Friedrich Loeffler (FLI) dimana Sepanjang 2023, negara tersebut hanya mengalami 23 wabak.

Dalam laporan yang diterbitkan pada Selasa, platform pemantauan wabak haiwan Perancis ESA berkata bahawa 515 kes telah dikesan di Belgium antara 1 Jun dan 11 Ogos, dengan 436 kes hanya dalam seminggu.

Virus tersebut tidak berbahaya kepada manusia, namun pada haiwan ia boleh menyebabkan demam panas, ulser mulut, dan kepala bengkak.

Perancis, Luxembourg, dan Denmark telah mengesan kes pertama mereka pada bulan Ogos, kata Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia.

BTV-3 boleh membawa maut untuk ternakan biri-biri dan juga boleh menyebabkan penurunan ketara dalam pengeluaran susu lembu.

Walaupun tidak seperti selesema burung, haiwan yang dijangkiti tidak perlu disembelih.

Gejala lain termasuk air liur yang berlebihan, bengkak bibir, lidah, dan rahang dan kehilangan anak untuk haiwan hamil dalam perkadaran yang berbeza-beza dari ladang ke ladang.

Walaupun strain penyakit lain, seperti 4 dan 8, telah wujud di Eropah selama bertahun-tahun dan vaksin telah ditemui, mereka tidak tersedia dalam kuantiti yang mencukupi untuk menangani wabak itu.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN