fb fb fb fb fb

Kereta masuk gaung, budak 12 tahun maut

(Foto JBPM Pahang)

ROMPIN, 20 Mei- Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selepas kereta yang dinaikinya terjatuh ke dalam gaung kira-kira pukul 3.20 pagi tadi.

Insiden berlaku di Lebuhraya Bahau–Keratong dekat Bandar 15 Melati di sini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata kejadian turut menyebabkan tiga lagi mangsa iaitu pemandu serta dua penumpang lelaki termasuk seorang lagi kanak-kanak cedera.

"Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Muhammad Raziq Ramli dari Felda Keratong 6.

"Lapan anggota termasuk dua pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan kejadian.

"JBPM Pahang mengesahkan terdapat kereta terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung sedalam dua meter.

"Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di sini.


(Foto JBPM Pahang)

Media Baharu