TOKYO, 3 Jun - Kerajaan Jepun bersedia untuk menawarkan lebih banyak beras daripada stok simpanan negara susulan sambutan hangat terhadap jualan beras murah bagi kegunaan kecemasan sejak hujung minggu lalu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pertaniannya dalam satu sidang media hari ini.
Dalam perubahan dasar yang mendadak, kerajaan Jepun minggu lalu mula membekalkan beras simpanan kepada peruncit untuk dijual pada harga sekitar 2,000 yen untuk satu kampit beras 5 kilogram iaitu kurang daripada separuh harga semasa.
Beras simpanan tersebut mula tiba di kedai jualan hujung minggu lalu, dengan ratusan orang beratur selama berjam-jam bagi mendapatkan satu beg yang dihadkan kepada satu isi rumah sahaja.
Kenaikan harga beras sejak tahun lalu sebahagiannya adalah berpunca daripada keadaan cuaca panas melampau hingga menjejaskan pengeluaran beras.- REUTERS