CRANS-MONTANA, 4 Januari - Pihak berkuasa Switzerland telah mengenal pasti 24 daripada 40 mangsa yang meninggal dunia akibat kebakaran pada malam sambutan tahun baru di sebuah pusat peranginan.
Mangsa yang dikenal pasti termasuk 11 individu di bawah umur dan warga negara asing.
Polis mendedahkan, 10 daripadanya merupakan warga negara Switzerland, melibatkan empat wanita dan enam lelaki berumur 14 hingga 31 tahun.
Turut dikenal pasti warga Itali, Perancis, Romania, Turkiye dan seorang dengan dua kerakyatan Itali dan Emiriah Arab Bersatu.
Kebakaran juga mencederakan 119 individu yang lain.-AFP