fb fb fb fb fb

Kebakaran hutan luar kawal di Kanada, ribuan penduduk pindah

Kebakaran hutan di Kanada/ REUTERS

SASKATCHEWAN, 3 Jun- Kebakaran hutan berbahaya yang melanda tiga wilayah di Kanada memaksa ribuan penduduk berpindah, selain menyebabkan langit diselubungi jerebu tebal berwarna jingga.

Di La Ronge, Saskatchewan, penduduk tempatan Trevor Anderson memaklumkan bahawa satu-satunya laluan keluar dari kawasan itu adalah melalui jalan air.

Namun, keadaan angin kencang dan ombak bergelora menyukarkan beliau dan keluarganya untuk meninggalkan kawasan berkenaan.

Rakaman video yang diambil oleh Anderson memaparkan suasana langit berjerebu dengan tona jingga, manakala kebakaran hutan semakin marak.

Menurut Pusat Antara Agensi Kebangsaan Kebakaran Hutan Kanada, terdapat lebih 200 kebakaran aktif setakat Isnin, dengan 106 daripadanya berada dalam keadaan tidak terkawal.

Asap tebal berpunca daripada kebakaran itu turut mula merebak ke bahagian utara Amerika Syarikat, khususnya di kawasan Midwest.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI