fb fb fb fb fb

Kebakaran hutan di Yellowknife hampir pulih

KANADA, 19 Ogos - Kebakaran hutan di Yellowknife, ibu kota Northwest Territories di sini, hampir pulih pada Jumaat ekoran kejayaan pihak bomba memadam kebakaran.

Bagaimanapun, angin kencang yang membawa api ke arah bandar memungkinkan kebakaran merebak ke ke pinggir bandar menjelang hujung minggu ini.

Kebakaran berlaku kira-kira 15 km (9 batu) dari barat laut bandar dan merebak sehingga ke lebuh raya di luar bandar.

Menjelang petang Jumaat, kira-kira 19,000 daripada 20,000 penduduk bandar itu telah dipindahkan, kata menteri persekitaran dan komuniti wilayah itu Shane Thompson kepada pemberita. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu