fb fb fb fb fb

Kebakaran hutan di Greece akibatkan eksosistem terjejas

GREECE, 30 Julai - Selepas dua minggu Greece dilanda panas terik dan kebakaran hutan, pakar menyuarakan kebimbangan terhadap risiko ekosistem negara itu yang semakin meningkat.

Kira-kira 50,000 hektar (123,500 ekar) hutan dan tumbuh-tumbuhan hangus, menurut anggaran Balai Cerap Kebangsaan Athens.

Bulan Julai menyaksikan tahap panas dan kebakaran paling teruk dalam tempoh 13 tahun, kata Charalampos Kontoes, pengarah penyelidikan di balai cerap itu.

"Ia adalah musim sejuk yang kering, dan hujan musim bunga tidak mencukupi untuk mengekalkan" kelembapan dalam tanah, kata Kontoes kepada AFP.

Menteri Perlindungan Awam Vassilis Kikilias berkata pasukan penyelamat telah mengawal dan memadam lebih daripada 660 kebakaran untuk bulan ini dengan purata 50 hingga 70 kebakaran sehari.

Perniagaan dan ladang di pulau pelancongan Corfu dan Rhodes, pulau Evia dan kawasan luar bandar berhampiran Volos, tengah Greece terpaksa menanggung kos kerosakan.

Persatuan negara Yunani menganggarkan 50,000 pokok zaitun dan 2,500 haiwan dan sarang lebah musnah di Rhodes.

(FOTO AFP)

Di kawasan Volos juga berdepan kerugian besar dalam bijirin dan anggur yang dituai, selain jentera dan bangunan ladang.

Ternakan turut mengalami kerugian besar.

Greece berdepan kebakaran hutan setiap tahun, pada tahun 2007 seramai 84 orang maut di semenanjung Peloponnese dan Evia, manakalan pada tahun 2018, 103 orang terkorban di Mati, sebuah pusat peranginan tepi laut berhampiran Athens.

Tiga orang meninggal dunia di Evia dua tahun lalu, dan lima setakat tahun ini.

"Kebakaran berulang membahayakan ekosistem. Hutan diubah menjadi tanah pertanian-hutan, kayu berus menjadi semak belukar," kata Nikos Bokaris, ketua kesatuan perhutanan Yunani.

"Lanskap cenderung berubah dan menyerupai landskap Afrika," tambahnya. - AFP

Media Baharu