fb fb fb fb fb

Kebakaran hutan di Athens terkawal, risiko kebakaran baharu masih tinggi

Foto AFP

ATHENS, 27 Jun - Kebakaran hutan berhampiran Athens yang memaksa pemindahan penduduk sekitarnya, kini terkawal, menurut pasukan bomba Greece pada Jumaat.

Bagaimanapun pihak berkuasa memberi amaran risiko kebakaran baharu mungkin berlaku terutamanya di wilayah Attica.

Suhu didapati semakin meningkat yang mengekalkan risiko kebakaran pada tahap sangat tinggi, terutama di kawasan sekitar ibu negara dan pulau-pulau di utara Laut Aegean.

Kebakaran berlaku pada Khamis petang berhampiran bandar Palaia Fokaia dan Thymari, kira-kira 50 kilometer di timur Athens.

Kejadian itu memaksa pemindahan lima buah kampung.

Jurucakap pasukan bomba memberitahu AFP bahawa lebih 100 anggota bomba bersama 37 buah kenderaan dan sebuah helikopter bersiap sedia di kawasan berhampiran Palaia Fokaia dan Thymari.

Agensi cuaca turut meramalkan gelombang haba dalam beberapa hari akan datang, dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius, termasuk di bandar Athens. - AFP

TETITIA YUSOFF