fb fb fb fb fb

Kebakaran baharu dikesan di tapak loji nuklear Chernobyl

(Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Iryna Vereshchuk/Fail AFP)

KIEV, 28 Mac- Satu kebakaran baharu dikesan berhampiran tapak utama loji nuklear Chernobyl yang tidak aktif namun dikuasai pasukan tentera Rusia selepas pencerobohan besar-besaran awal bulan lalu.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Iryna Vereshchuk menerusi Telegram, kebakaran dikesan bermula di zon larangan yang boleh menyebabkan kesan serius.

"Bagaimanapun, hari ini kebakaran agak mustahil untuk dikawal dan dipadam disebabkan zon itu kini dikawal sepenuhnya tentera Rusia yang menceroboh kawasan itu", katanya.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Ahad melaporkan, "keadaan kekal tidak berubah" merujuk jaminan keselamatan di Chernobyl serta tapak loji nuklear lain di Ukraine.

Minggu lepas, badan pemantau PBB itu menyatakan kebakaran hutan di kawasan tapak CHernobyl tidak mencetuskan risiko radiologi besar.


(Gambar diedarkan Kementerian Pertahanan Rusia pada 26 Februari 2022

selepas tentera menawan tapak Loji Nuklear Chernobyl/AFP)

Sejak 9 Mac lalu, IAEA tidak menerima data kemas kini langsung berkaitan keselamatan dari Chernobyl. Agensi itu menyatakan, turut bimbang dengan penggantian kakitangan keselamatan yang mengawal tapak berkenaan kerana semakin berkurangan sejak 20 Mac lalu.

Tentera Rusia menawan tapak loji nuklear terbesar Eropah itu pada 24 Februari, hari pertama mereka memulakan operasi khas tentera yang disebut Amerika Syarikat dan sekutunya sebagai pencerobohan tentera di Ukraine.

Reaktor ke-4 loji nuklear Chernobyl itu meletup pada 26 April 1986, ketika ujian keselamatan; bencana nuklear terbesar dunia yang membunuh ratusan orang apabila asap dipenuhi bahan radioaktif memenuhi ruang udara Eropah sejauh 2,334 kilometer sehingga ke Britain dan Norway.

Susulan kejadian itu, tiga lagi reaktor ditutup secara bergilir-gilir dengan terakhir pada tahun 2000. -AFP

Media Baharu