(Kambing biri-biri diselamatkan selepas kapal Badr 1, yang dipenuhi ribuan haiwan, tenggelam pada 12 Jun 2022/AFP)
KHARTOUM, 13 Jun- Sebuah kapal yang sesak dengan beribu-ribu biri-biri karam di pelabuhan Laut Merah Suakin di Sudan menenggelamkan kebanyakan haiwan di dalamnya.
Kapal itu yang mengeksport biri-biri dari Sudan ke Arab Saudi karam kerana lebih muatan.
"Semua anak kapal terselamat," kata pegawai.
"Kapal itu, Badr 1, tenggelam pada awal pagi Ahad," kata seorang pegawai kanan pelabuhan Sudan, yang tidak mahu namanya disiarkan. "Ia membawa 15,800 ekor biri-biri, yang melebihi had muatannya."
Kapal berkenaan sepatutnya membawa hanya 9,000 biri-biri.
Seorang lagi pegawai, menimbulkan kebimbangan mengenai kesan ekonomi dan alam sekitar berikutan kemalangan tersebut.
"Kapal karam itu akan menjejaskan operasi pelabuhan," katanya.
(Kapal Sudan karam, lebih 15,000 biri-biri eksport lemas/AFP)
"Ia juga berkemungkinan memberi kesan kepada alam sekitar kerana kematian sejumlah besar haiwan yang dibawa," tambahnya.
Ketua Persatuan Pengeksport Negara, Omar Al-Khalifa pula memaklumkan, kapal itu mengambil masa beberapa jam untuk tenggelam di jeti."
"Jumlah nilai ternakan yang hilang adalah sekitar 14 juta riyal Saudi, bersamaan AS$4 juta," kata Saleh Selim, ketua bahagian ternakan persatuan itu.
Beliau berkata pemilik ternakan hanya menemukan sekitar 700 ekor biri-biri "tetapi dijangka tidak dapat hidup lama." -AFP