fb fb fb fb fb

22 cedera, serangan Rusia ke depoh simpanan senjata di barat Ukraine

KIEV, 13 Jun - Tentera Rusia telah menyerang depoh simpanan senjata yang dibekalkan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) di barat Ukraine.

Serangan berlaku ketika pertempuran diperhebatkan di bandar timur, Severodonetsk.

Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, serangan di Chortkiv memusnahkan depoh yang menyimpan peluru berpandu anti kereta kebal, sistem pertahanan udara mudah alih dan peluru yang dibekalkan untuk Ukraine

(FOTO FAIL)

Gabenor wilayah itu, Volodymyr Trush pula mendakwa Moscow telah melancarkan empat peluru berpandu dari Laut Hitam.

Ia memusnahkan sebahagian kemudahan berkenaan dan sejumlah bangunan kediaman berdekatan.

Serangan menyebabkan 22 orang cedera. - AFP

Media Baharu