GAZA, 12 Julai – Sekurang-kurangnya 798 rakyat Palestin maut dibunuh tentera Israel ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan di Gaza sejak akhir Mei,
Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (OHCHR) mendedahkan, 615 mangsa terbunuh berhampiran pusat agihan yang dikendalikan oleh Yayasan Kemanusiaan Gaza, manakala 183 lagi maut di sepanjang laluan konvoi bantuan.
Angka korban berkenaan membangkitkan kebimbangan antarabangsa terhadap mekanisme agihan bantuan yang yang digerakkan yayasan diketuai Amerika Syarikat dan Israel itu.
Sebelum ini, 169 pertubuhan kemanusiaan menyeru mekanisme agihan bantuan menerusi yayasan itu.
Pertubuhan itu menyeru supaya agihan bantuan kembali dikendalikan PBB seperti sebelum ini yang dihentikan akibat sekatan Israel.
Malah mereka turut menandatangani kenyataan bersama mengkritik Yayasan Kemanusiaan Gaza yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel dan mewujudkan situasi berbahaya di lapangan.
Bantuan yang diagihkan melalui yayasan itu ditolak banyak NGO kerana dilihat menyumbang kepada lebih banyak kematian dalam kalangan rakyat Palestin yang kelaparan dan terdesak.
Mereka menuntut perubahan segera dalam pengurusan bantuan demi keselamatan dan kemanusiaan. - REUTERS