fb fb fb fb fb

Kadar inflasi Sri Lanka lepasi paras 50%

(FOTO AFP)

COLOMBO, 1 Julai - Kadar inflasi Sri Lanka mencecah rekod kesembilan berturut-turut pada Jun, data rasmi menunjukkan pada hari Jumaat, meningkat kepada 54.6%; sehari selepas Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meminta negara muflis itu agar mengekang harga yang melonjak dan isu rasuah.

Ini pertama kali kenaikan Indeks Harga Pengguna (IHP)melepasi paras 50%, menurut jabatan banci dan statistik.

Perangkaan itu dikeluarkan beberapa jam selepas IMF menggesa Sri Lanka supaya membendung inflasi yang semakin meningkat dan menangani rasuah sebagai sebahagian daripada usaha menyelamatkan ekonomi yang dilanda krisis pertukaran mata wang asing.

Rupee telah kehilangan lebih separuh nilainya berbanding dolar Amerika tahun ini.

(Seorang peniaga menyusun barang jualan di gerainya di pasar di Colombo, Sri Lanka/AFP)

22 juta penduduk negara itu mengalami kekurangan teruk barangan keperluan termasuk makanan, bahan bakar dan ubat-ubatan selama berbulan-bulan.

Bantahan berterusan di luar pejabat Presiden Gotabaya Rajapaksa menuntut beliau meletak jawatan berikutan kegawatan ekonomi yang belum pernah berlaku sebelum ini dan dakwaan salah tadbir urus pada pihak beliau.

Sri Lanka merujuk masalah kewangan kepada IMF pada April selepas negara itu gagal membayar hutang luar negerinya sebanyak AS$51 bilion. -AFP

Media Baharu