SEOUL, 18 Oktober- Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Jepun akan mengadakan latihan udara bersama pada hujung minggu.
Menurut laporan media pada Rabu, latihan itu turut melibatkan aset udara jenis pesawat pengebom B-52 yang dilengkapi senjata nuklear AS.
Latihan tiga hala pada Ahad akan menjadi yang pertama dijalankan berhampiran semenanjung Korea, sumber tentera yang tidak dinamakan memberitahu agensi berita Yonhap.
Seorang pegawai di kementerian pertahanan Seoul enggan mengesahkan laporan tersebut tetapi berkata ketiga-tiga negara itu memperluaskan latihan bersama untuk menentang ancaman peluru berpandu dan nuklear dari Korea Utara.
Pyongyang melihat usaha berkenaan sebagai latihan untuk pencerobohan dan telah berulang kali memberi amaran bahawa ia akan mengambil tindakan 'terlalu besar' sebagai tindak balas.
"Latihan udara bersama Korea Selatan-AS-Jepun akan terdiri daripada penerbangan formasi dengan pengebom strategik AS B-52 diiringi jet pejuang ketiga-tiga negara," kata sumber kepada Yonhap.