DOHA, 18 Oktober- Qatar telah bersetuju untuk membekalkan gas asli kepada firma Britain, Shell selama 27 tahun.
Pengumuman tersebut dibuat pada Rabu oelh syarikat tenaga milik negara emiriah Teluk itu, QatarEnergy.
Sejak pencerobohan Moscow ke atas Ukraine tahun lepas, negara-negara Eropah telah berebut-rebut untuk menggantikan kehilangan penghantaran gas asli dari Rusia.
Qatar akan membekalkan 3.5 juta tan gas setahun di bawah perjanjian itu, berikutan dua perjanjian dengan Shell untuk sebahagian projek pengembangan gas North Field yang besar di negara Teluk itu.
"Kami gembira untuk menandatangani dua perjanjian jual dan beli LNG jangka panjang dengan Shell yang akan meningkatkan lagi hubungan kami selama berdekad-dekad dan perkongsian strategik di Qatar dan di seluruh dunia," kata Menteri Tenaga Qatar, Saad al-Kaabi.
"Perjanjian ini mengesahkan komitmen Qatar untuk membantu memenuhi permintaan tenaga Eropah dan mengukuhkan keselamatan tenaganya dengan sumber yang terkenal dengan kualiti ekonomi dan alam sekitar yang unggul," tambahnya.