GAZA, 3 Jun - Jumlah kematian rakyat Palestin di Gaza telah meningkat kepada 54,510 orang, susulan kekejaman Israel yang berterusan sejak 7 Oktober 2023.
Pihak berkuasa kesihatan Gaza dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan 124,901 orang lagi cedera yang kebanyakkannya adalah wanita dan kanak-kanak.
Sejak Israel menyambung semula kempen ketenteraan yang lebih intensif pada 18 Mac lalu, seramai 4,240 rakyat Palestin telah terbunuh dan 12,860 lagi cedera.
Sementara itu, serangan terbaharu zionis hari ini yang membabitkan kawasan pusat agihan bantuan di Gaza telah mengorbankan sekurang-kurangnya 27 mangsa, manakala lebih 90 orang lagi cedera.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam serangan itu dan menegaskan ia adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa dan satu jenayah perang. - REUTERS