fb fb fb fb fb

Jonathan Nolan bawa permainan 'Fallout' ke TV

FOTO REUTERS

LONDON, 5 April - Pembikin filem Jonathan Nolan menyatakan bahawa beliau gugup dan teruja untuk mengadaptasi siri permainan video pasca apokaliptik popular 'Fallout' untuk televisyen.

"(Ia) menakutkan secara jujur dan sebabnya ialah saya telah bermain permainan itu dan menyukainya," kata Nolan ketika dia menayangkan rancangan TV baharu itu di London pada Khamis.

Rancangan aksi secara langsung lapan episod itu bermula daripada pasangan suami-isteri Nolan dan Lisa Joy, yang sebelum ini mencipta siri hit 'Westworld' yang membawa tiga watak utama; penghuni peti besi Lucy MacLean (Ella Purnell), Maximus, ahli Brotherhood of Steel (Aaron Moten) dan pemburu hadiah bermutasi The Ghoul (Walton Goggins).

Di tanah terbiar Los Angeles kira-kira 200 tahun selepas armageddon nuklear, ia menyaksikan Lucy muncul semula dari peti besi untuk pertama kalinya dan dia mempunyai kemahiran, kecerdasan dan nilainya untuk terus hidup dalam dunia yang sangat berbeza daripada dunia asalnya.

Merentasi kawasan bahaya untuk mencari bapanya (Kyle MacLachlan), Lucy melintasi laluan dengan Maximus dan The Ghoul, masing-masing dalam misi mereka sendiri.

Nolan penulis beberapa buah filem Christopher Nolan, termasuk 'Interstellar' dan 'The Dark Knight' turut mengarahkan tiga episod pertama rancangan itu.

"Siri kami adalah cerita baharu dengan watak baharu tetapi berlatarkan alam semesta yang lebih besar," kata Nolan, 47. - REUTERS

TETITIA YUSOFF