fb fb fb fb fb

Jet pejuang China sertai latihan tentera laut di Pasifik

(Kementerian Pertahanan Taipei menunjukkan Shandong dipantau kapal perang kelas Keelung Taiwan/AFP)

TAIPEI, 13 September- Taiwan melaporkan 35 pesawat pejuang China dikesan di sekitar pulau itu pada hari Rabu, dengan beberapa kemudiannya terbang untuk menyertai kapal pengangkut pesawat Shandong dalam latihan tentera laut di Pasifik Barat.

Beijing, yang menganggap Taiwan sebagai wilayahnya sendiri yang akan dituntut semula suatu hari nanti, telah meningkatkan tekanan ketenteraan dan politik terhadap pulau itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Taiwan pada Isnin lepas mengesan kapal pengangkut Shandong China satu daripada dua dalam armada Beijing,  sekitar 111 kilometer tenggara pulau itu ketika ia belayar menuju Pasifik Barat.

Pesawat China termasuk jet pejuang dan dron kemudian dikesan di sekitar pulau itu sejak pagi Rabu, kata kementerian pertahanan Taipei.

Beberapa jet pejuang "melalui Selat Bashi ke Pasifik Barat untuk menyertai latihan laut dan udara bersama dengan kapal pengangkut pesawat Shandong", kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Kementerian Pertahanan Taipei pada hari Rabu mengeluarkan gambar tidak bertarikh menunjukkan Shandong dipantau oleh kapal perang Taiwan kelas Keelung.

"Angkatan tentera telah memantau keadaan dan menugaskan pesawat peronda udara, kapal Tentera Laut, dan sistem peluru berpandu darat untuk bertindak balas terhadap aktiviti ini," katanya.

Beijing masih belum mengulas mengenai latihan itu.

Namun, pusat arahan Timur China atau Eastern Theatre Command yang menganjurkan latihan di sekitar Taiwan menyebut pada Rabu sebuah "unit penerbangan" telah menjalankan latihan "baru-baru ini", meliputi jarak "beribu-ribu kilometer". Namun tidak menyebut nama pulau.

Sabtu lepas, China berkata pasukan tentera telah diminta bersiap-siaga selepas dua kapal milik Amerika Syarikat dan Kanada belayar melalui Selat Taiwan. -AFP

 (Sebuah helikopter berlepas dari kapal pengangkut pesawat Shandong China, melintasi
perairan Lautan Pasifik, selatan wilayah Okinawa, Jepun/REUTERS)

Media Baharu