TOKYO, 29 Oktober - Sebuah reaktor nuklear Jepun dilengkapi tembok antitsunami yang dinaik taraf akan beroperasi semula hari ini di wilayah berhampiran loji janakuasa Fukushima yang lumpuh.
Langkah berkenaan merupakan antara usaha negara itu memulihkan semula penggunaan tenaga atomnya.
Tohoku Electric Power Company dalam satu kenyataan memaklumkan, ia akan memulakan semula unit nombor dua tersebut di loji Onagawa di wilayah timur laut Miyagi, bersebelahan wilayah Fukushima, dan akan menjadi loji yang ke-13 beroperasi.
Onagawa merupakan loji kuasa nuklear paling hampir dengan pusat gempa bumi dan tsnunami yang melanda Jepun pada 2011.
Menyaksikan Tokyo menutup kesemua 54 reaktornya selepas bencana tersebut, namun 12 daripada 33 unit yang masih boleh beroperasi dalam talian dibawa keluar.
Jepun kembali kepada kuasa nuklear untuk mengurangkan pelepasan, mengurangkan import bahan api fosil yang mahal dan memenuhi permintaan tenaga untuk pusat data bagi kecerdasan buatan (AI).
"Kuasa nuklear, bersama-sama dengan tenaga boleh diperbaharu, adalah sumber kuasa ternyahkarbon yang penting, dan dasar kami adalah untuk memanfaatkannya secara maksimum dengan syarat keselamatan terjamin", kata jurucakap tertinggi kerajaan Yoshimasa Hayashi kepada pemberita.
Protokol ketat diperlukan untuk memulakannya semula selepas bencana Fukushima, berikutan tidak beroperasi sekian lama.-AFP