fb fb fb fb fb

Jepun mahu adakan sidang kemuncak bersama Korea Utara

Kim Yo Jong / REUTERS

SEOUL, 25 Mac- Kim Yo Jong, adik perempuan kepada Kim Jong Un, hari ini memaklumkan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida menyampaikan hasratnya untuk bertemu pemimpin Korea Utara itu tidak lama lagi menerusi satu sidang kemuncak bersama, lapor media kerajaan KCNA.

Bagaimanapun Kim berkata, untuk meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara akan bergantung sama ada Jepun boleh membuat keputusan politik yang praktikal.

"Perdana Menteri Kishida harus tahu bahawa hanya kerana dia mahu dan telah membuat keputusan, ia tidak bermakna dia boleh atau kepimpinan negara kita akan bertemu dengannya," kata Kim.

"Apa yang jelas ialah apabila Jepun menentang Republik Demokratik Rakyat Korea dan melanggar hak kedaulatannya, ia dianggap musuh kita dan akan menjadi sebahagian daripada sasaran," tambah Kim.

Sementara itu, Kishida berkata beliau mahu mengadakan rundingan dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un tanpa sebarang prasyarat dan secara peribadi menyelia usaha untuk merealisasikan sidang kemuncak itu yang pertama kali diadakan dalam tempoh 20 tahun.

Kim, yang berkhidmat dalam Parti Pekerja yang memerintah, bulan lalu berkata Kishida mungkin akan melawat Pyongyang.

"Jika Jepun membuat keputusan politik untuk membuka laluan baharu bagi meningkatkan hubungan berdasarkan sikap saling menghormati dan hormat-menghormati, saya berpandangan bahawa kedua-dua negara boleh membuka masa depan baharu," tambah Kim.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE