ABIDJAN, 25 Oktober - Pengundi di Ivory Coast mula menunaikan tanggungjawab mengundi dalam pilihan raya presiden 2025 pada Sabtu, lapor Xinhua.
Di pusat mengundi Groupe Scolaire Plateau de Port-Bouet 2 di Abidjan, ramai pengundi tiba sebelum 8 pagi (0800 GMT), waktu rasmi pengundian bermula, di bawah pemantauan pegawai polis dan gendarmerie.
Pusat pengundian akan dibuka sehingga 6 petang waktu tempatan.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas, sebanyak 25,678 pusat pengundian telah ditubuhkan iaitu 25,370 di dalam negara dan 308 di luar negara bagi menampung seramai 8,727,431 pengundi berdaftar, termasuk 8,607,253 di dalam negara dan 120,178 di luar negara.
Penyandang presiden Alassane Ouattara yang bertanding bagi penggal keempat, berdepan empat pencabar lain.
Pilihan raya itu diadakan di tengah-tengah ketegangan politik dan sosial yang meningkat susulan keputusan mahkamah yang menghalang beberapa pemimpin utama pembangkang daripada bertanding.- BERNAMA-XINHUA