fb fb fb fb fb

Israel sekat Tebing Barat susulan serangan di Iran

Foto REUTERS

TEBING BARAT, 14 Jun-Israel mengenakan sekatan penuh terhadap bandar-bandar Palestin di Tebing Barat buat hari kedua, dengan menggunakan pintu besi dan timbunan tanah, selepas melancarkan serangan udara berskala besar ke atas Iran .

Tentera Israel telah menutup pintu masuk ke beberapa bandar dan pekan di Tebing Barat menggunakan pagar besi dan timbunan tanah, menyebabkan ramai penduduk Palestin terperangkap dan menyuarakan kebimbangan mengenai keselamatan serta kebebasan pergerakan mereka.

Jumat lepas, Israel melancarkan serangan udara terbesar dalam sejarahnya terhadap Iran, dalam usaha untuk menghalang Tehran daripada membangunkan senjata nuklear.

Media Iran dan saksi di lokasi melaporkan beberapa siri letupan termasuk di kemudahan utama pengayaan uranium Iran di Natanz, yang merupakan tapak penting dalam program nuklear republik itu.-REUTERS.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Israel turut mengisytiharkan darurat negara, susulan kebimbangan terhadap kemungkinan serangan balas oleh Iran menggunakan peluru berpandu dan dron.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD