fb fb fb fb fb

Israel bom khemah penduduk di Rafah, 11 maut

Kanak-kanak cedera dirawat di Hospital Kuwait akibat pengeboman Israel di Rafah, semalam/AFP

PALESTIN, 3 Mac- Israel membunuh sekurang-kurangnya 11 penduduk dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan ke atas khemah yang menempatkan orang awam berhampiran sebuah hospital di selatan Rafah, semalam.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qudra berkata, seorang paramedik antara yang terkorban dalam letupan berhampiran Hospital Bersalin Emirati.

“Sebelas orang syahid dan kira-kira 50 cedera termasuk kanak-kanak akibat tentera Israel menyasarkan khemah penduduk berhampiran Hospital Emirati,” kata Qudra dalam kenyataan.

Kebanyakkan mangsa dikejarkan ke Hospital Kuwait di Rafah.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam perkongsian di platform X memaklumkan bahawa serangan terbabit adalah keterlaluan dan tiada kata dapat digambarkan.

Dianggarkan 1.5 juta rakyat Palestin mencari perlindungan di Rafah dan menimbulkan kebimbangan akan kematian besar-besaran jika Israel meneruskan pencerobohan darat ke atas bandar itu. -AFP

SITI AISHAH MD ISA