fb fb fb fb fb

Iran teruskan program nuklear

Foto AFP

TEHRAN, 24 Jun - Kerajaan Iran menegaskan telah "mengambil langkah yang perlu" untuk memastikan kesinambungan program nuklearnya selepas serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang menyasarkan kemudahannya, baru-baru ini.

"Kami telah mengambil langkah-langkah yang perlu dan mengambil kira kerosakan disebabkan oleh serangan itu," kata ketua Pertubuhan Tenaga Atom Iran, Mohammad Eslami, dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen negara.

“Rancangan untuk memulakan semula (kemudahan) telah disediakan lebih awal. Strategi kami adalah untuk memastikan pengeluaran dan perkhidmatan tidak terganggu,” tambahnya.

AS mengebom tiga kemudahan nuklear Iran termasuk di Fordo, Isfahan dan Natanz pada Ahad.

Presiden Donald Trump menyifatkan serangan itu sangat berjaya.

Bagaimanapun, Penasihat kepada pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei berkata negaranya masih mempunyai stok uranium dan menegaskan "permainan belum berakhir".

Pada Isnin, Israel mengumumkan bahawa wilayah itu telah sekali lagi mengebom tapak Fordo.

NORAINI BINTI WAHIB