DUBAI, 22 Januari- Sebuah kebakaran dilaporkan berlaku di sebuah tapak gas cecair di Bandar Rey, selatan Tehran, pada Rabu.
Namun kebakaran dilaporkan berjaya dikawal pihak bomba. Menurut laporan saluran berita Kementerian Minyak Iran, SHANA, kejadian tersebut tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pengedaran Produk Petroleum Nasional Iran, Keramat Veiskarami, dalam kenyataannya berkata, kebakaran berlaku di salah satu gudang di kemudahan simpanan gas cecair Rey, bukan di kemudahan simpanan minyak.
Beliau turut menyatakan bahawa maklumat lanjut mengenai punca insiden tersebut akan dikeluarkan sedikit masa lagi.
Bandar Rey terletak kira-kira 11 kilometer di selatan Tehran.-REUTERS