fb fb fb fb fb

India keluar amaran gelombang panas di tujuh negeri

(FOTO FAIL/ AFP)

NEW DELHI, 22 Mei- Jabatan Meteorologi India mengeluarkan amaran kemungkinan gelombang haba berlaku di tujuh negeri, menurut pegawai meteorologi.

Keadaan gelombang haba berkemungkinan besar berlaku di beberapa kawasan di Uttar Pradesh dan Gangetic West Bengal, Jharkhand, Haryana selatan, Rajasthan Barat, Chhattisgarh dan utara Madhya Pradesh, menurut jabatan itu.


(Pekerja buruh binaan di India mandi untuk menyejukkan badan ketika gelombang haba berlaku/ REUTERS)

Cuaca panas dan tidak selesa dijangka berlaku di Odisha dalam tempoh lima hari akan datang serta di wilayah Konkan, Andhra Pradesh, Tamil Nadu dan Kerala sehingga Isnin.

Ketika musim panas yang terik terus mencengkam beberapa negeri, orang ramai berpusu-pusu ke kedai ais krim dan kedai minuman sejuk untuk menghilangkan dahaga. - BERNAMA

Media Baharu