THE HAGUE, 22 Oktober - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa Israel gagal membuktikan bahawa petugas Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), adalah sebahagian daripada anggota Hamas yang berjuang di Gaza.
Presiden ICJ, President Yuji Iwasawa berkata, mahkamah mendapati bahawa rejim Zionis tidak mempertahankan dakwaan yang dibuat bahawa sebahagian besar pekerja UNRWA adalah ‘anggota Hamas atau puak pengganas lain.
Israel melarang UNRWA beroperasi di wilayah Palestin yang dijajahnya, selepas menuduh beberapa kakitangannya turut terlibat dalam serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 yang mencetuskan perang Gaza.
Satu siri penyiasatan, termasuk yang diketuai oleh bekas Menteri Luar Perancis, Catherine Colonna, menemukan beberapa "isu berkaitan neutral " dalam UNRWA.
Bagaimanapun, laporan pada April 2024 menyatakan Israel "belum memberikan bukti sokongan" mengenai dakwaannya bahawa "sebilangan besar pekerja UNRWA adalah ahli organisasi pengganas". - AFP