STRASBOURG, 22 Oktober - Dua wartawan yang dipenjarakan, Andrzej Poczobut dari Belarus dan Mzia Amaglobeli dari Georgia diumumkan sebagai pemenang Hadiah Sakharov 2025 Parlimen Eropah untuk Kebebasan Berfikir.
Hadiah tersebut merupakan anugerah penghormatan kepada individu, kumpulan atau organisasi yang telah memberikan sumbangan cemerlang untuk melindungi kebebasan berfikir dan hak asasi manusia.
Podczobut terkenal dengan kritikan lantangnya terhadap rejim Presiden Belarus, Alexander Lukashenko.
Beliau ditahan pada tahun 2021 dan dijatuhi hukuman lapan tahun di penjara terpencil.
Parlimen Eropah telah menggesa agar Podczobut dibebaskan segera dan tanpa syarat.
Manakala Amaglobeli ialah seorang wartawan Georgia yang ditahan pada tahun ini.
Dia dijatuhi hukuman penjara dua tahun kerana menampar seorang ketua polis dalam kes yang dilihat oleh aktivis sebagai simbolik kebebasan bersuara di negara Caucasus Selatan itu.
Pasukan peguam bela telah berhujah bahawa perbuatan Amaglobeli tidak cukup serius untuk dikenakan tindakan bawah undang-undang Georgia.
Hadiah Sakharov, yang mula diperkenalkan pada tahun 1988, dianugerahkan kepada individu dan organisasi yang memperjuangkan hak asasi manusia dan demokrasi. -REUTERS