VIENNA, 20 November - Langkah Iran menghadkan simpanan uranium yang diperkaya, diterima baik Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
Pengarahnya Rafael Grossi berkata, ia langkah positif yang boleh mengubah kefungsian bahan tersebut untuk Iran sekaligus mengeratkan kerjasama kedua pihak pada masa akan datang.
"Sejak Iran menjauhkan diri dari kewajiban itu suatu masa dahulu, kini mereka mengambil arah yang berbeza. Bagaimanapun sebarang kemungkinan boleh berlaku memandangkan situasi yang tidak stabil di rantau Asia Barat," demikian jelasnya ketika ditemui media di Vienna.
Tambahnya, masih banyak usaha dan kerja yang belum selesai bagi memastikan Tehran kekal komited dengan langkah baharu yang diambil.
Minggu lalu, lawatan Grossi ke Tehran membuahkan hasil apabila Iran bersetuju membekukan stok uranium miliknya sebanyak 60 peratus.
Ketegangan antara Iran dan IAEA sering tercetus sejak perjanjian tahun 2015 yang mengehadkan program nuklear Tehran yang dijadikan sebagai syarat melonggarkan sekatan. - AFP