VILLA GESELL, 30 Oktober- Seorang maut dan sembilan lagi dilapor masih hilang berikutan runtuhan bangunan hotel 10 tingkat, di resort tepi pantai Villa Gesell pada Selasa.
Bangunan yang dikenali sebagai hotel Dubrovnik itua adalah sebuah hotel pangsapuri yang sedang menjalani pengubahsuaian haram, kemudian runtuh pada tengah malam hari Selasa.
"Hotel itu runtuh dan memusnahkan bangunan itu sendiri. Tiga tingkat terakhir condong sekali gus menghancurkan 25 peratus bangunan yang berada di bersebelahnnya," kata Javier Alonso, menteri keselamatan wilayah Buenos Aires.
Jelasnya, penduduk lain mendengar sesuatu seperti bunyi keriut dan getaran di lantai sebelum beberapa minit kemudian ia runtuh.
Beliau memberi amaran bahawa proses menyelamat berdepan kesukaran susulan sisa runtuhan yang banyak dan kawasan yang sempit.
Bagaimanapun, menegaskan bahawa mangsa yang terselamat kadang kala ditemui di bawah runtuhan seminggu selepas kejadian itu runtuh.
Pasukan keselamatan Argentina mempergiat usaha mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan tersebut.
"Mayat seorang lelaki berusia lapan puluhan ditemui dalam serpihan.
Antara tujuh hingga sembilan orang dipercayai masih terperangkap," kata ketua operasi bomba, Hugo Piriz.
“Ia seperti peluru berpandu jatuh dan membelah bangunan itu kepada dua,” kata seorang jiran kepada saluran televisyen TN.
Seorang wanita berusia 79 tahun dari bangunan bersebelahan itu diselamatkan hidup-hidup dengan kecederaan selepas kedengaran mengetuk paip.
"Kami semakin menghampiri bunyi bising itu dan berjaya mendengar suara itu. Ia kerja keras, ia mengambil masa beberapa jam," kata Piriz kepada pemberita.
Lebih 300 penyelamat, menggunakan dron, anjing penghidu dan probe dengan kamera dan mikrofon, sedang mencari mangsa lain yang terselamat.
Hotel tersebut telah dibina pada tahun 1986.
Perbandaran Villa Gesell berkata bahawa kerja sedang dijalankan di kemudahan itu "secara sulit, tanpa mematuhi peraturan perbandaran" dan ia telah pun dihentikan oleh pihak berkuasa pada Ogos.- AFP