fb fb fb fb fb

Utusan Khas PBB ke Myanmar kecam pihak terbabit konflik, miliki "mentaliti sifar"

Foto AFP

NEW YORK, 30 Oktober - Utusan Khas Pertubuhan Bangsa Bersatu ke Myanmar mengecam pihak terlibat dalam konflik yang berlarutan di negara bergolak itu, malah menyifatkan mereka sebagai golongan yang memiliki "mentaliti sifar".

Tegas Julie Bishop, keganasan perlu dihentikan bagi membuka laluan kepada perdamaian.

Beliau yang juga bekas Menteri Luar Australia berkata, hasil lawatannya ke Myanmar mendapati terdapat sedikit kemajuan dalam menangani keperluan rakyat, namun pada masa sama konflik bersenjata berterusan di seluruh negara.

"Sebarang laluan menuju perdamaian memerlukan keganasan dihentikan segera, dan akses tanpa batasan untuk PBB dan rakan kongsinya, terutama bagi kumpulan terpinggir seperti kebanyakan etnik Rohingya, tambahnya.

Respons tersebut disuarakan dalam ucapan pertamanya kepada jawatankuasa Perhimpunan Agung PBB, sejak dilantik pada April lalu.

Selain bertemu ketua junta, Min Aung Hlaing, Bishop juga mengadakan pertemuan dengan wakil kumpulan pemberontak etnik dan pelbagai parti politik, serta Aung San Suu Kyi, pemimpin kerajaan awam yang digulingkan pada 2021.-AFP

Trainee2