fb fb fb fb fb

Helikopter terhempas, lima terbunuh termasuk juruterbang

Foto Reuters

NUWAKOT, 8 Ogos - Empat penumpang warga China dan juruterbang terbunuh apabila sebuah helikopter terhempas di Daerah Nuwakot, Wilayah Bagmati, Nepal pada petang Rabu.

Jurucakap Polis Nepal, Dan Bahadur Karki berkata kesemua mayat telah ditemukan.

Helikopter milik Air Dynasty Nepal itu sedang dalam penerbangan dari Kathmandu ke Syafrubesi di Daerah Rasuwa dan terhempas di Shivapuri, Nuwakot.

Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal, helikopter yang membawa empat penumpang warga China itu terputus hubungan dengan menara kawalan di Kathmandu tiga minit selepas berlepas.

Nahas berlaku pada pukul 1.54 tengah hari waktu tempatan.

Kedutaan China di Nepal mengesahkan bahawa empat warga China terbunuh dalam kejadian itu.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN