DOHA, 2 Jun – Kumpulan Hamas sedia untuk memulakan pusingan baharu rundingan tidak langsung bagi mencapai persetujuan terhadap isu-isu yang masih menjadi pertikaian dalam usaha menghentikan pertempuran di Gaza.
“Kumpulan ini menegaskan kesediaan untuk segera memulakan satu pusingan rundingan tidak langsung bagi mencapai persetujuan tterhadap perkara-perkara yang masih menjadi pertikaian,” menurut kenyataan Hamas.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan gesaaan oleh pihak pengantara Qatar dan Mesir. - AFP