fb fb fb fb fb

Pemaju akur roboh pangsapuri kerana halang pemandangan Gunung Fuji

(Gunung Fuji) Pangsapuri yang bakal dirobohkan selepas menerima aduan penduduk berhubung pencemaran pemandangan/Reuters

TOKYO, 15 Jun- Sebuah pangsapuri yang sudah hampir siap di bandar Kunitachi, di sini, Jepun akan dirobohkan selepas penduduk membuat aduan bahawa bangunan itu menghalang pemandangan Gunung Fuji.

Pemaju, Seksiui, berpangkalan di Osaka telah memaklumkan kepada pihak perbandaran negeri mengenai keputusan membatalkan projek terbabit serta perobohan bangunan 10 tingkat berkenaan.

Sekisui mengakui tidak mengambil kira nilai-nilai tempatan secukupnya, walaupun telah menurunkan ketinggian bangunan dan mengadakan pertemuan dengan penduduk.

Terdahulu, kain rentang dipasang di bandar lain di negara itu bagi mengelak pelancong mengambil gambar Gunung Fuji dari kawasan kaki lima.

Ia sebagai menangani masalah lalu lintas serta mengelakkan tingkah laku bahaya pelancong hingga boleh mengakibatkan kemalangan. -Reuters

 

1506 BD ROBOH BANGUNAN GUNUNG FUJI
Papan tanda amaran jangan melintas dan kain rentang dipasang tutup pemandangan Gunung Fuji atas faktor keselamatan/Reuters

SITI AISHAH MD ISA