fb fb fb fb fb

Guterres puji peranan Vietnam anjur Konvensyen PBB Menentang Jenayah Siber

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres/ AFP

HANOI, 25 Oktober - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa (PBB), Antonio Guterres mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Perhimpunan Kebangsaan Vietnam, Tran Thanh Man, di Hanoi pada Sabtu.

Pertemuan diadakan selepas Gutteres menyampaikan ucapan pada majlis pembukaan Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu Menentang Jenayah Siber, di Hanoi.

Dalam ucapannya, Guterres memuji peranan Vietnam sebagai tuan rumah konvensyen berkenaan yang menyaksikan sekitar 60 negara anggota menandatangani perjanjian menentang jenayah siber.

Perjanjian itu bertujuan menangani kesalahan siber yang dianggarkan menelan kos bertrilion dolar kepada ekonomi global setiap tahun.

Sepanjang lawatan dua hari ke negara Asia Tenggara itu, Guterres turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Pham Minh Chinh serta Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, To Lam.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN