fb fb fb fb fb

Gunung berapi di Iceland meletus

FOTO REUTERS

ICELAND, 14 Januari - Sebuah gunung berapi di barat daya Iceland meletus pada Ahad kata pejabat meteorologi negara itu, menjadikannya letusan kelima di semenanjung Reykjanes sejak 2021.

Sebuah helikopter pengawal pantai telah dihantar untuk melihat keadaan dan lokasi sebenar kejadian itu berlaku, kata agensi Perlindungan Awam.

Letusan itu bermula di utara bandar nelayan Grindavik, namun arah lahar muncul atau mengalir masih tidak dapat dipastikan lagi, kata penyiar RUV.

Letusan terakhir direkodkan bermula di gunung berapi Svartsengi pada 18 Disember yang membawa kepada pemindahan bandar 4,000 penduduk Grindavik dan penutupan spa geoterma Blue Lagoon, iaitu tempat pelancongan yang popular.

Grindavik bagaimanapun terselamat kerana lava mengalir ke arah yang berbeza dari bandar.

Terletak di antara plat tektonik Eurasia dan Amerika Utara, dua daripada plat terbesar, Iceland merupakan kawasan panas seismik dan gunung berapi kerana kedua-dua plat bergerak ke arah yang bertentangan. - REUTERS

TETITIA YUSOFF