GUANGDONG, 6 Ogos – Pasukan penyelamat giat menjalankan operasi pembersihan runtuhan dan jalan raya yang dinaiki air pada Rabu di Wilayah Guangdong, selatan China.
Wilayah itu turut bersiap sedia menghadapi hujan lebat berterusan dan risiko jangkitan penyakit, susulan hujan monsun Asia Timur yang kini memuncak.
Menurut media rasmi, pasukan penyelamat di wilayah Guangdong membuka laluan saliran dan mengepam keluar air dari kawasan bandar selepas hujan lebat mencetuskan kejadian tanah runtuh serta pokok tumbang di lebuh raya.
Kejadian itu turut merosakkan permukaan jalan, kabel elektrik serta infrastruktur lain.
Rakaman pada Isnin (4 Ogos) memaparkan situasi banjir teruk di Guangdong, dengan beberapa kenderaan hampir tenggelam sepenuhnya di jalan-jalan yang dinaiki air.
Anggota penyelamat membawa penduduk terjejas ke lokasi selamat.- REUTERS