fb fb fb fb fb

Greece tangani krisis pemohon suaka

Penghijrah kebanyakannya dari Asia Barat dan Afrika Utara, termasuk warga Sudan, Mesir dan Bangladesh/foto REUTERS

ATHENS, 10 Julai -Beratus-ratus migran termasuk kanak-kanak dan wanita menyerbu masuk ke kemudahan Pusat Penempatan Sementara (PPS) pendatang yang didirikan di bandar Agyia, Greece.

Ketua Persatuan Anggota Pengawal Pantai Kreta Barat, Vasilis Katsikandarakis berkata, Pulau Crete menjadi laluan terbaharu pendatang untuk menyelinap masuk ke Greece, krisis terburuk sejak dua tahun lalu.

"Kekurangan kakitangan dan peralatan adalah cabaran terbesar kami dalam melaksanakan operasi, lebih-lebih lagi terpaksa bertugas selama 72 jam berturut-turut," katanya.

Ahli Parlimen Greece dijangka mengadakan undian hari ini, dalam usaha menghentikan sementara pemprosesan permohonan suaka dari Afrika Utara, satu tindakan yang dikecam kumpulan hak asasi manusia di negara itu.

Undian itu dibuat di tengah-tengah peningkatan ketibaan pendatang ke Pulau Crete dan ketika rundingan untuk membendung permasalahan tersebut sedang dilakukan di Benghazi, Libya.

Kemasukan pendatang dari timur laut Libya ke pulau selatan Crete dan Gavdos di Greece telah meningkat kepada lebih 7,300 orang tahun ini, berbanding hanya kira-kira 5,000 orang pada tahun 2024.

Penghijrah kebanyakannya dari Asia Barat dan Afrika Utara, termasuk warga Sudan, Mesir dan Bangladesh. -REUTERS

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI