fb fb fb fb fb

Gempa bumi melanda pantai barat Kanada

OTTAWA, 14 April- Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku di pantai barat Kanada.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) bagaimanapun memaklumkan gegaran tidak menyebabkan ancaman tsunami.

Tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan, setakat ini.

Pusat gempa berkedalaman lapan kilometer, di barat daya Port McNeil, di Pulau Vancouver, wilayah British Columbia.

Menurut USGS, gempa tersebut berlaku pada 8.44 pagi waktu tempatan.

Seorang penduduk Victoria di Pulau Vancouver memberitahu AFP mereka tidak merasa gegaran.

Sementara itu, Penganalisis Sumber Asli Kanada, Brindley Smith berkata wilayah berkenaan sering berdepan gempa bumi kecil. Namun, gegaran kali ini lebih kuat.

"Sesuatu yang menghampiri magnitud enam adalah sedikit lebih luar biasa, tetapi tiada apa yang perlu ditekankan," katanya.-AFP


(Foto hiasan)

Media Baharu