fb fb fb fb fb

Gempa bumi magnitud 6.1 landa Pulau Timor, Indonesia

FOTO USGS

KUPANG, 2 November- Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda Pulau Timor, Indonesia pagi tadi, menggegarkan ibu kota wilayah itu dan memaksa penduduk berlari keluar untuk menyelamatkan diri.

Gempa itu berlaku pada kedalaman 36.1 kilometer di barat Pulau Timor berhampiran bandar sini, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) pula memaklumkan, gempa terbabit mempunyai magnitud lebih tinggi iaitu 6.6 magnitud.

Bagaimanapun, gegaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Indonesia sering mengalami gempa bumi kerana kedudukannya di lingkaran api Pasifik.

Sebelum ini pada November tahun lalu, Indonesia dilanda gempa bumi berukuran 5.6 magnitu di wilayah Jawa Barat, mengorbankan 602 penduduk. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA