fb fb fb fb fb

Gempa bumi landa Ecuador

FOTO X @ESPECIGEST

QUITO, 2 Julai- Gempa bumi berukuran 4.2 magnitud menggegar Ecuador di ibu negaranya, Quito, semalam hingga memutuskan bekalan elektrik di beberapa kawasan.

Pusat gempa, yang melanda pada kedalaman sembilan kilometer (km) terletak 8.49 km dari Quito, kata agensi geofizik negara di platform X.

Gempa bumi juga dirasai kuat di sekurang-kurangnya dua wilayah yang berjiran dengan bandar Pichincha di sini.

Rakaman dikeluarkan oleh pihak berkuasa menunjukkan sebilangan penduduk berlari keluar daripada kediaman masing-masing ke jalan raya ketika gegaran melanda pada tengah malam.

Gegaran bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan teruk.

Pada Mac tahun lalu, seramai 15 orang terbunuh apabila gempa bumi kuat 6.5 magnitud melanda wilayah sempadan barat daya Ecuador dengan Peru. -AFP

SITI AISHAH MD ISA