fb fb fb fb fb

Gempa bumi 5.5 landa Bangladesh

Gempa bumi melanda Bangladesh / Foto Hiasan

DHAKA, 21 November - Gempa bumi bermagnitud 5.5 melanda Bangladesh pada Jumaat, namun tiada laporan mengenai mangsa setakat ini.

Menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa itu berlaku pada pukul 10:38 pagi, berhampiran bandar Narsingdi, kira-kira 33 kilometer dari ibu negara, di sini.

Sistem PAGER USGS, yang menyediakan penilaian awal mengenai impak gempa bumi, menganggarkan potensi untuk "mangsa dan kerosakan yang ketara".

Sementara itu, menurut Jabatan Meteorologi Bangladesh, yang mencatatkan magnitud 5.7, gegaran berlangsung selama 26 saat dengan episentrum di Madhabdi, Narsingdi.

Gempa pada pagi Jumaat itu mencetuskan ketakutan dalam kalangan ramai penduduk negara majoriti Muslim berjumlah 170 juta orang, yang berada di rumah pada hari cuti mereka mengakibatkan penduduk bergegas ke luar rumah. -AFP

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN