fb fb fb fb fb

Gelombang boikot produk Israel di negara Arab

Seorang pekerja membersihkan meja di restoran McDonald's yang kosong akibat boikot di Mesir/FOTO REUTERS

KAHERAH, 24 November – Beberapa cawangan rangkaian makanan segera barat di Mesir kelihatan sepi tanpa pengunjung termasuk sebuah restoran McDonald’s.

Baru-baru ini seorang pekerja membersihkan meja restoran McDonald’s yang kosong dan tiada pelanggan ekoran gelombang boikot menyeluruh dari penyokong pro-Palestine di seluruh dunia.

Kempen boikot dilakukan selepas serangan tanpa henti rejim Israel di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober lalu.

Gelombang boikot terhadap produk barat turut dirasai di Mesir dan Jordan malah makin meluas di beberapa negara Arab lain termasuk Kuwait dan Maghribi.

Bagaimanapun, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu tidak menunjukkan boikot yang ketara di kedua-dua negara itu.

Kempen boikot itu menyasarkan beberapa syarikat berpendirian pro-Israel yang didakwa mempunyai hubungan kewangan atau pelaburan terus dengan Israel.

Seruan kempen mula tersebar melalui media sosial yang menyenaraikan puluhan syarikat dan produk Israel.

Hal ini menyebabkan orang ramai beralih kepada alternatif produk tempatan.

Tinjauan Reuters di beberapa pasar raya mendapati produk Israel juga diletakkan sekeping nota yang ditulis dengan perkataan 'produk ini diboikot, pilihan ada ditangan anda'. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN