fb fb fb fb fb

Gaza catat 68,234 kematian, lebih 170,000 cedera sejak konflik meletus

Foto AFP

GAZA, 23 Oktober – Angka kematian rakyat Palestin di Gaza terus meningkat kepada 68,234 orang, manakala 170,373 yang lain cedera sejak konflik antara Hamas dan Israel meletus pada 7 Oktober 2023, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Gaza pada Rabu.

Kementerian itu memaklumkan, Israel menyerahkan 30 lagi mayat rakyat Palestin kepada Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang dipulangkan di bawah perjanjian gencatan senjata meningkat kepada 195.

Fasa pertama perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang mula berkuat kuasa pada 10 Oktober meliputi pengunduran tentera Israel dari Bandar Gaza, Rafah, Khan Younis dan utara Gaza, pertukaran tebusan dan tahanan, serta pembukaan lima lintasan bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan.

Bagaimanapun, walaupun gencatan senjata sedang berkuat kuasa, lebih 80 penduduk Gaza terbunuh dan 300 lagi cedera sejak 11 Oktober, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN