fb fb fb fb fb

G7 kenal pasti 'langkah khusus' bantu Ukraine

Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba (dua, kanan) / Foto Reuters

CAPRI, 19 April - Menteri-menteri luar dari Kumpulan Tujuh (G7) negara demokrasi utama telah mengenal pasti “langkah khusus” yang diperlukan untuk membantu Ukraine memerangi Rusia, kata Menteri Luar Ukraine dengan memberi amaran bahawa Eropah akan diselubungi perang jika Rusia berjaya.

"Kami mengenal pasti langkah-langkah khusus yang akan dilakukan oleh rakan kongsi Barat untuk membantu Ukraine," kata Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba kepada pemberita di pulau Capri di Itali di mana menteri luar G7 bertemu.

Beliau berkata Barat mempunyai keupayaan untuk "membekalkan Ukraine dengan semua sumber yang diperlukan secepat mungkin untuk menyelamatkan Eropah daripada perang yang lebih besar," kata Kuleba namun tidak memberikan butiran lanjut.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN