JOHANNESBURG, 22 November - Kumpulan 20 (G20) kini berada dalam “keadaan berisiko” kerana bergelut untuk menangani krisis antarabangsa.
Demikian menurut Presiden Perancis, Emmanuel Macron, kepada pemimpin dunia pada Sidang Kemuncak G20 di sini.
“G20 mungkin sedang menghampiri penghujung satu kitaran. Kita bergelut untuk menyelesaikan krisis besar bersama di meja ini.
“G20 berada dalam risiko dan kita tidak bergerak secara kolektif ke arah beberapa keutamaan,” katanya. —AFP