fb fb fb fb fb

FDA syor suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 secara tahunan

(FOTO HIASAN)

WASHINGTON, 24 Januari – Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mengeluarkan pelan baharu mengenai suntikan dos penggalak vaksin COVID-19.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) berkata di bawah pelan baharu FDA itu suntikan vaksin COVID-19 dicadang diberikan secara tahunan untuk kebanyakan golongan dewasa di negara ini sama seperti suntikan influenza.

(FOTO FAIL)

Perkara itu dinyatakan dalam satu dokumen taklimat yang dikeluarkan menjelang mesyuarat pakar vaksin yang dijadualkan pada Khamis ini.

“Tetapi sebarang rancangan untuk vaksin COVID-19 itu mesti mengambil kira masa yang diperlukan untuk menghasilkan dos vaksin yang mencukupi,” kata FDA.

Keputusan mengenai komposisi vaksin yang disyorkan boleh dibuat tepat pada masanya mengikut pengeluaran tidak lewat daripada September setiap tahun.-REUTERS

Media Baharu