KIEV, 15 Mei- Kesatuan Eropah (EU) berikrar untuk menyumbang kira-kira AS$500 juta (RM2.2 bilion) sebagai sokongan ketenteraan kepada Ukraine.
Ia dilaporkan susulan bantahan berterusan dari Russia yang tidak bersetuju dengan hasrat Sweden dan Finland untuk menyertai NATO.
Bahkan, Moscow menegaskan akan memotong bekalan elektrik ke Helsinki serta anggota perikatan Atlantik itu, jika kelulusan diberi kepada kedua-dua negara itu menyertai NATO.
Sementara itu, pertempuran antara tentera Russia dan Ukraine berlarutan Donbas dengan kedua-dua pihak hanya mencatat sedikit kemajuan.
(FOTO AFP)
Dalam perkembangan lain, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin dan Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu bercakap secara langsung buat pertama kali sejak sebelum perang bermula.
Namun, kebanyakan perincian perbincangan selama satu jam itu tidak diketahui, kecuali gesaan Austin supaya Shoigu segera melaksanakan gencatan senjata agar rundingan dapat dijalankan segera. -AFP